Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Tuesday, July 23, 2013

Lemon Chicken

Lemon Chicken

Bahan-bahan untuk ayam :
3 keping dada ayam dicuci bersih dan dipotong kecil

Bahan perap ayam :
1 labu bawang putih dipotong dadu
1 sudu besar penuh serbuk lada hitam
1 sudu besar penuh serbuk lada putih
Sedikit garam

Bahan salut ayam :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 biji telur ayam dipukul dengan garfu

1. Perap ayam bersama bahan perap  selama 30 minit atau lebih.
2. Celupkan ayam ke dalam telur. Satukan tepung gandum dan tepung jagung hingga sebati. Salut ayam dengan tepung hingga rata.
3. Gorengkan ayam hingga masak keemasan. Ketepikan.

Bahan sos lemon :
1 biji buah lemon (perah untuk mendapat jusnya)
1/2 kiub pati ayam
3 ulas bawang putih dipotong dadu
Air secukupnya
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah
2 sudu besar butter
Garam
Gula

Cara masak sos lemon :
1. Cairkan butter. Tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan sedikit air bersama kiub pati ayam. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan jus lemon, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5.  Kacau sekejap dalam api perlahan. Matikan api.

Cara menghidang :
Curahkan sos lemon ke atas ayam sewaktu menghidang. Jangan curahkan terlalu awal kerana ini akan menyebabkan ayam menjadi lembek.






No comments:

Post a Comment