Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Sunday, May 4, 2014

Pulut Seri Muka yang sedap resepi ibu mertua...

Apa khabar semua... Sempena 1 Rejab baru -baru ini yang bersamaan 1 Mei 2014, Sue buat pulut seri muka untuk berbuka puasa. Sebenarnya Sue masih tidak sihat, tapi mengenangkan hubby yang berpuasa, gagahkan juga masak. Sekejap je sebaik lepas berbuka, habis pulut seri muka ni. Sedap la tu ya...hihihi...ok jom kita lihat resepinya.



Pulut Seri Muka

Bahan A
Bahagian bawah :
-2 cawan beras pulut (dicuci bersih dan rendam selama 3 jam)
-1 cawan santan
-Secubit garam

Bahagian B
Bahagian atas :
-1 cawan jus pandan (7 helai daun pandan di kisar bersama air dan ditapis)
-1 cawan santan pekat
-1/2 cawan gula
-1 sudu makan tepung jagung
-1/3 cawan tepung gandum
-3 biji telur
-2 biji bunga cengkih ditumbuk halus

Cara penyediaan :
1. Panaskan periuk kukus. Tutup tudung periuk dengan kain untuk mengelakkan air menitik.
2. Masukkan bahan A ke dalam loyang berukuran diameter 8 inci dan kukus selama 20 minit.
3. Angkat bahan A dari periuk kukus dan tekan dengan senduk nasi untuk memampatkan pulut.
4.  Satukan bahan B dan kisar dengan blender hingga sebati.
5. Curahkan bahan B secara perlahan-lahan ke atas bahagian A iaitu ke atas pulut tadi.
6. Kukus semula selama 45 minit atau pun sehingga masak.

*resepi dari mak mertua :)





1 comment:

  1. sedapnya hidangan ini. mohon nak kongsi resipi saya ini, http://resepiserimukasukatancawan.blogspot.com/ sama2 kita cuba resipi masing2. 😊 goodluck & harap2 menjadi!

    ReplyDelete