JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, July 15, 2017

Rendang Ayam dan Pulut Kuning Noxxa sedap dan mudah

Bismillahirrahmanirrahim,
Masih lagi dalam bulan Syawal, merendang masih menjadi pilihan. Mari kita lihat resepi rendang yang dimasak menggunakan periuk Noxxa. Sungguh menjimatkan masa dan rasanya sama seperti kita menggunakan kuali atau periuk biasa.Bahan-bahan pun sama, hanya kaedah memasak dapat disingkatkan.




Rendang Ayam (periuk Noxxa)
Oleh : Surianti Ramli

Bahan utama :
1 ekor ayam - potong kecil dan cuci bersih

Bahan kisar :
30 tangkai cili kering (boleh tambah atau kurangkan cili, rebus cili dengan air hingga didih, toskan)
3 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 ruas kunyit
Air secukupnya untuk mengisar

Bahan lain :
1 helai daun kunyit diracik
3 batang serai diketuk
2 keping asam gelugur
2 sudu besar kerisik
500 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
1. Masukkan bahan kisar, ayam dan serai ke dalam periuk tekanan noxxa.
2. Kacau sebati, on plug. Tutup periuk tekanan dengan tudungnya. Pastikan tombol di atas tudung periuk berada dalam fungsi 'high pressure'. Tekan fungsi 'high pressure' 8 minit. Tekan butang on.
3. Tunggu sehingga masa tamat dan periuk berbunyi 'beep' berulang kali. Lepaskan tekanan pada tombol atas tudung periuk. Tunggu hingga wap keluar habis.
4. Buka tudung periuk, masukkan kerisik, santan, garam, gula dan daun kunyit. Kacau sebati.
5. Ambik fungsi 'stir fry' dan biar hingga rendang mulai pekat kuahnya.
6. Off periuk dan off plug. Sedia dihidang.



Pulut Kuning Periuk Noxxa
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
4 cawan beras pulut
-cuci bersih, rendam 10 minit dalam air yang dicampur kunyit serbuk serta 2 keping asam bertujuan untuk mengilatkan pulut

Bahan lain :
3 1/2 cawan air biasa
1/2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
12 helai daun pandan disimpul

Cara penyediaan :
1. Toskan pulut, masukkan ke dalam periuk Noxxa bersama air biasa dan daun pandan.
2. Tekan fungsi 'high pressure" sehingga 5 minit. Pastikan tombol pada atas tudung periuk berada pada kedudukan high pressure. Tekan butang on.
3. Tunggu sehingga masa tamat dan periuk berbunyi 'beep' berulang kali. Lepaskan tekanan pada tombol atas tudung periuk. Tunggu hingga wap keluar habis.
4. Buka tudung periuk, masukkan santan pekat yang telah dicampur garam. Gaul sebati.
5. Tutup tudung periuk, tukar butang tombol atas tudung periuk pada kedudukan steam.
6. Tekan fungsi steam selama 3 minit. Tekan butang on.
7. Tunggu sehingga masa tamat dan periuk berbunyi 'beep' berulang kali. Lepaskan tekanan pada tombol atas tudung periuk. Tunggu hingga wap keluar habis.
Kacau rata. Siap.