Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Thursday, December 21, 2017

Ayam Panggang Mayonis dan Nasi Planta yang simple dan sedap, kegemaran keluarga

Bismillahirrahmanirrahim,
Menu yang mudah disediakan, namun menjadi kegemaran keluarga. Simple & sedap.



Ayam Panggng Mayonis
Oleh : Surianti Ramli

Bahan utama :
1 ekor ayam saiz sederhana 
Air secukupnya (sekadar menenggelamkan ayam waktu merebus nanti)

Bahan tumbuk :
7 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan perapan :
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar madu
1 sudu kecil garam halus

Cara penyediaan :
  1. Ayam dicuci bersih dan potong kepada 4 bahagian (kalau tak potong pun boleh), direbus separuh masak dalam air hingga didih. Toskan dan air rebusan disimpan.
  2. Satukan bahan tumbuk dan bahan perapan, gaul sebati. Lumur pada ayam, perap 2 jam. (Saya perap semalaman)
  3. Bakar menggunakan oven atau pemanggang hingga masak.

Nasi Planta
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi
6 cawan air rebusan ayam (kuantiti air bergantung pada jenis beras yang kita gunakan)
1 kiub pati ayam
Garam

Bahan tumis :
3 sudu besar planta (boleh gunakan jenis lain)
1 labu bawang besar - didadukan
5 ulas bawang putih - dimayang 
1 inci halia - dimayang
2 helai daun pandan
Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga ( 1 bagi setiap jenis)

Cara penyediaan :
  1. Cairkan planta dalam periuk. Tumiskan bahan tumis hingga harum.
  2. Masukkan beras dan kacau sekejap. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub pati ayam.
  3. Masak seperti memasak nasi biasa.

Hidangkan bersama sayur bersesuaian seperti buah tomato, daun salad dan timun.
Boleh dimakan dengan sup dan sos kegemaran.




No comments:

Post a Comment